Friday 26 August 2011

Sejarah solat 5 waktu

Bismillahhirrahmannirahim....


    Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain,umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah S.W.T terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di "hari pembalasan" kelak.Berikut diterangkan asal usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SUBUH :


Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar subuh telah keluar,nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR : 


Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah nabi Ibrahim a.s iaitu tatkalaAllah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya nabi Ismail a.s.Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakn dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerna korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR : 


Manusia pertama yang mengerjakan solat asar ialah nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.Ikan Nun telah memuntahkan nabi Yunus di tepi pantai,sedang ketika itu telah masuk waktu asar.Maka bersyukurlah nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakkat kerana baginda telah dieselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu :

Rakaat pertama : Kelam dalam kesalahan
Rakaat kedua : kelam dengan air laut
Rakaat ketiga :kelam dengan malam
Rakaat keempat :kelam dengan perut ikan Nun

MAGHRIB : 


Manusia pertama yang mengerjakan maghrib ialah nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukur nabi Isa,lalu bersemabahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu : 


Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata mata,tiada dua atau tiganya.

ISYAK :


Manusia pertama yang mengerjakan solat isyak ialah nabi Musa a.s.Pada ketika itu,nabi musa telah tersesat dari mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh perasaan dukacita.Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya nabi Harun
Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap firaun.
Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap Firaun.

No comments:

Post a Comment

thank you for your comment...