Thursday 30 June 2011

peritnya realiti...indahnya fantasi...


        Saban hari aku menanti impian menjadi kenyataan..detik demi detik masa berlalu,tah bila agaknya mimpi itu mampu menjadi kenyataan,dan mampu ku genggam dengan tangan ku sendiri...rutin harian berulang dengan melihat gelagat manusia di sekeliling..cukup jijik melihat telatah manusia yang ada,meluat pandangan anak mata melihat apa yg mereka lakukan,dengan sikap yang tidak semenggah,keterlaluan,perangai yang tidak berperikemanusiaan,sifat busuk hati pada diri mereka sehingga menyebabkan orang lain yang menerima tempias dan padahnya..puaskah mereka??gembirakah mereka melihat orang lain menangis??tersungkur terjatuh kemudian ditimpa pula tangga??itukah manusia yang bergelar sahabat??


               Itukah bangsa yang bergelar melayu??itukah bangsa yang berpegang pada ajaran islam yang dikatakan agama yang sempurna??kemana hilangnya keperibadian manusia??dimana sifat tolak ansur,tolong menolong antara satu sama lain,mendengar dan berkongsi masalah,budi pekerti,adat resam??itukah realiti dunia??atau dunia sedang mengamalkan sifat hipokrit,korapsi,hasad dengki,busuk hati,dendam yang mendalam,atau adakah mereka lebih mementingkan diri sendiri dari mengambil tahu tentang masalah orang lain seperti kawan-kawan,saudara mara,mahupun dunia??apa yang sedang berlaku??benarkah itu realitinya??
  
         Jawapannya....ya,itulah realitinya...itulah sejenis penyakit kronik yang dihadapi segelinitir-segelintir umat manusia yang berda di sekeliling kita sekarang ini...apakah puncanya??apakah penyebabnya??bila manusia terlalu taksub dengan duniawi manusia mula menjadi alpa,lupa akan asal usul mereka,dari mana mereka bertapak..mereka terlalu mementingkan nama,pangkat dan kedudukan..kenapa mereka sedemikian??kerana duit atau kertas yang merupakan wang atau nilai yang berharga merupakan misi utama yang perlu mereka capai untuk kepentingan diri mereka sendiri..ini adalah perlumbaan "siapa cepat dia dapat" atau lebih mudahnya kita katakan yang siapa yang mempunyai harta,pangkat atau nama..dialah yang berkuasa,dialah yang membuat keputusan,segala apa rancangan dialah yang telah merancangnya,dialah kontraktor,dialah pengurus projek yang menyebabkan tamparan yang kuat kepada manusia-manusia yang ada di sekelilingnya...akibatnya,orang lain yang kene tempias akan perbuatannya...orang lain yang menanggung sakit,malu,segala hinaan,cacian daripada masyarakat..


             Puaskah mereka??gembirakah mereka??itukah realiti sebenarnya??ya...itulah realiti yang sedang berlaku dan itulah realiti yang sedang kita rasakan...bagaimana mereka melakukannya??untuk mencapai misi kita perlukan visi terlebih dahulu ataupun gambaran tentang apa yang kita ingin capaikan,kemudian barulah kita fikirkan bagaimana untuk mencapai apa yang kita gambarkan..realiti sekarang ini adalah seperti yang dikatakan,manusia hilang sifat keperibadian diri..hilangnya budi pekerti,sifat tolak ansur,baik hati,memahami dan sebagainya..apa yang diamalkan sekarang adalah sebaliknya dengan mengamalkan sifat-sifat jahat untuk mencapai misi mereka tadi..persoalannya??


             Mereka yang bekerja keras,bermati matian bekerja akhirnya dipinggir dan tidak diendahkan langsung,serta turut dihina malah dicaci pula...kenapa perlu mengambil jalan pintas untuk mencapai apa yang mereka idamkan??kenapa perlu berbuat demikian untuk mencapai misi merka??perlukah tanpa mengeluarkan titik peluh untuk menjatuhkan semangat dan maruah orang lain??kerana orang lain juga mempunyai impian yang sama sepertimana apa yang mereka impikan??mereka juga mempunyai perasaan seperti manusia lain yang bergelar si polan dan si polan ini tadi..itukah cara yabg terbaik yang mereka ada??itukah jalan penyelesaiannya??


             kesimpulannya...kita tidak perlu sesekali melakukan perkara tersebut walau dimana kita berada sekalipun,sebagai manusia yang berelar sahabat,pekerja mahupun apa-apa sahaja kita hendaklah bersatu,bekerjasama tanpa ada apa2 rasa benci,dendam,busuk hati dan sebagainya bagi mengelakkan perasaan atau hati orang lain terguris..memang tiada nilainya setiap hati dan perasaan itu terguris,tapi ingatlah..hidup kita ibarat roda yang berputar...sekejap kita di atas,dan sekejap kita dibawah..renung-renungkan bersama...


~Ajiem~
1.06Am
30/6/2011