Saturday 27 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillahhirrahmannirrahim...


   Salam guys,raya lagi bape ari jer lagi nie,kejap jer rasenya kita berpuasa an??,pejam celik pejam celik bulan syawal dah pun nak menjelma,ramadan pulak meninggalkan kita dengan saeribu satu kenangan,malangnya tahun nie aku tak jumpa pun malam lailatul qadar,sedihnya,entah mana silapnya aku pun tak tau...takpe,aku cuba lagi untuk tahun depan..insyaallah,andai dipanjangkan umur aku lagi.Sempena Hari Raya yang mulia nie,aku na mohon maaf,mintak ampun sesangat lah yer kepada sesiapa yang mengenali diri aku yang kecil ini..hahaha..mintak ampun mintak maaf lah dari hujung rambut sampai ke hujung kaki aku nie haa,kot-kot ada yang tersa hati,ker aku terkasar bahasa ker..halalkan makan minum aku...kepada kawan-kawan aku,kalau na sebut nama memang ramai sangat,member-member kolej,budak-budak kelas,kawan-kawan sekolah menengah,sekolah rendah yang aku pernah sekolah dulu..kawan-kawan kat kampung Perak mahupun kat Kedah sana tu,kawan-kawan kat KL nie,Pandan Jaya..kawan-kawan aku yang sekali main skate,fixie,motocross ker...tak lupa juga kepada para pendidik yang pernah  mengajar aku dari kecik sampai ke besar sekarang nie,pakcik-pakcik,makcik-makcik diluar bandar,mahupun di dalam bandar,dalam dan luar negara..hahahaha...AKU MINTA MAAF,AMPUNKAN SEGALA SALAH DAN SILAPKU...akhir kata"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin" lalalalalala...


P/S:esok tengahari aku balik kampung Perak...dah mula terbayang dalam pale hotak aku ni nak watpe kat sane..
rasa-rasa aku na watpe???hahahaha...


~ajiem~
27/8/2011
8:44 pm

Friday 26 August 2011

Pantun mari bersolat

Bissmillahhirrahmannirrahim...

Berbaju kurung bertudung labuh
berkain sogket berselipar jepun
awal pagi dah sembahyang subuh
agar hidup sentiasa rukun

pagi pagi minum kopi
bekalan untuk perjalanan ke johor
pandu kereta berhati-hati
masuk waktu sembahyang zohor

orang kaya berkereta besar
sambil bersembang memakan kacang
bila tibanya waktu asar
itu tandanya hari dah petang

waktu pagi menjamah roti
roti dibeli di kedai cik syarip
mulut ibu tak henti-henti
menyuruh adik sembahyang maghrib

wanita cantik lelaki kacak
hulurkan senyuman muka berseri
bila malam sembahyang isyak
baru cukup 5 waktu sehari

Sejarah solat 5 waktu

Bismillahhirrahmannirahim....


    Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain,umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah S.W.T terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di "hari pembalasan" kelak.Berikut diterangkan asal usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SUBUH :


Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar subuh telah keluar,nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR : 


Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah nabi Ibrahim a.s iaitu tatkalaAllah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya nabi Ismail a.s.Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakn dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerna korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR : 


Manusia pertama yang mengerjakan solat asar ialah nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.Ikan Nun telah memuntahkan nabi Yunus di tepi pantai,sedang ketika itu telah masuk waktu asar.Maka bersyukurlah nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakkat kerana baginda telah dieselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu :

Rakaat pertama : Kelam dalam kesalahan
Rakaat kedua : kelam dengan air laut
Rakaat ketiga :kelam dengan malam
Rakaat keempat :kelam dengan perut ikan Nun

MAGHRIB : 


Manusia pertama yang mengerjakan maghrib ialah nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukur nabi Isa,lalu bersemabahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu : 


Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata mata,tiada dua atau tiganya.

ISYAK :


Manusia pertama yang mengerjakan solat isyak ialah nabi Musa a.s.Pada ketika itu,nabi musa telah tersesat dari mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh perasaan dukacita.Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya nabi Harun
Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap firaun.
Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rahsia bulan kelahiran(oktober)


  • Suka berbual,suka orang sayang padanya...(manja sbenarnya aku ne ea??)haha...
  • Sopan santun...(kadang-kadang,tgok mood gak la)
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura...(bohong dapat apa weyh??)
  • Mudah rasa simpati,baik,mementingkan kawan...(xder kawan siapa lah kita??)
  • Hatinya mudah terusik,merajuknya tak lama,cepat marah...(aummm..cam singa)
  • Macam pentingkan diri sendiri...(macam jer,hehe)
  • Tidak menolong kecuali diminta (hehehehe...ada apa-apa boleh saya bantu??)
  • Suka melihat perspektif diri sendiri...(suke tgok cermin)
  • Tidak suka terima pandangan orang lain...(dulu la,sekarang takdah)
  • Emosi mudah terusik,kelam kabut...(cisssss)
  • Suka berangan dan pandai bercakap...(rasa-rasa boleh keja bahagian marketing x?)
  • Suka melancong,bidang sastera dan seni...(da lame x melancong,na lukis apa??)
  • Pengasih,penyayang dan lemah lembut...(auuwwww..haha,bukan dalam kategori nyah)
  • Romantik dalam percintaan,kuat cemburu...(wowwww...hehe,herm..memang pun)
  • Suka ambil berat tentang orang lain...(bukan jaga tepi kain orang)
  • Suka kegiatan luar,lasak...(extreme nan adventure jer)
  • Orang yang adil...(bukan parti keadilan)
  • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran...(ad-duniawi)
  • Mudah patah semangat...(patah kaki,tangan,hati)
  • Penyabar...(yupp...aku suka tu)

Awak =)

Assalamualaikum...huhu =)
Awak,saya nak bagitau nie...


kalau esok luse saya dah takde...
awak dah tak boleh na mesej/kol saya agi...
mesej lah saya,kol lah saya sementara saya masih ada nie...
rindu sangat-sangat na borak,gado nan awak..hehe...


awak,saya nak bagitau nie...


kalau esok luse saya dah takde...
awak dah tak boleh na marah/tengking2 saya agi...
marah lah saya,tengking jer..takpe,saya dah biasa situasi macam tu..
sumpah dengan nama Allah saya tak pernah simpan apa2 dlam hati saya nie...hehe..


awak,saya nak bagitau nie...


kalau esok luse saya dah takde...
awak dah tak boleh jumpe saya agi,saya pun da tak boleh temankan awk...
dah jumpe ah aritu kan??best giler,seronok sangat-sangat...
rindu sangat-sangat saat manis tu,rasa cam nak ada dengan awak hari-hari...hehe..


awak,saya nak bagitau nie...


kalau esok luse saya dah takde...
awak dah tak boleh mintak saya bagi semangat kat awak lagi...
awak kena cari sendiri semangat tu dengan memohon kat tuhan...
tuhan sentiasa dengar masalah kita...dia tahu kita setiap isi hati hambanya...



awak,saya nak bagitau nie...



kalau esok luse saya dah takde...
awak da bebas macam awak pernah cakap sebelum ni..
awak dah boleh buat apa-apa yang awak nak...
saya dah tak kongkong/ganggu hidup awak lagi...hehe...


awak,saya nak bagitau nie...


kalau esok luse
cuma.............


cuma saya nak awak tahu yang...


kalau esok luse saya dah takde...
saya nak bagitau awak...
saya cume ada awak sorang jer dalam hati saya...
dengan nama Allah saya cintakan awak sorang jer...



saya nak awak tahu yang...

kalau esok luse saya dah takde...
saya nak bagitahu awak...
awak la semangat saya,awak la sumber inspirasi saya...
mati akal kalau awak takde dalam hidup saya tau...aduh...

saya nak awak tahu yang...

kalau esok luse saya dah takde...
saya nak bagitau awak...
saya sayang awak,impian saya nak jadikan awak sebagai isteri saya...
itupun kalau saya sempat bernafas sampai esok luse...hehe...

saya nak awak tahu yang...

kalau esok luse saya dah takde...
saya nak bagitau awak...
awak jaga lah elmo nan jam tu baik-baik...
tu jer yang saya mapu nak bagi wat kenang kenangan...hehe...

saya nak awak tahu yang...

kalau esok luse saya dah takde...
saya na bagitau awak...
setiap detik,setiap saat,setiap jam yang berlalu...
saya tak pernah lupekan awak...hehe...

saya nak awak tahu yang...

kalau esok luse saya dah takde...
saya na bagitau awak...
setiap kali doa saya doakan kebahagian awak...
semoga ada seorang hamba Allah lain yang boleh gantikan tempat saya satu hari nanti...

saya tak tau knape perlu saya bagitau awak camnie...saya cume nak luahkan isi hati saya,tak terniat na drama apa-apa pun nan awak..cuma saya luahkan apa yang saya rasa,andai kata esok lusa memang saya dah takda awak anggap jela nie nota terakhir dari saya..manalah tau,ajal maut ditangan tuhan...saya doakan awak bahagia,dijauhkan dari sebarang bencana dan musibah...dimurahkan rezeki...dilindungi oleh maha pencipta...dibukakan pintu hati awak,dilembutkan hati awak...aminn ya rabbal alaminnnn...

P/S:saya sayang awak,saya cinta awak...saya terima awak seadanya..dengan hati yang terbuka walau dicaci,dihina..saya terima selagi saya bernyawa...terima kasih...saya memang poyo...

~ajiem~
26/08/2011
12:23 am









Thursday 25 August 2011

Ohh sahabat...

Bismillahhirrahmannirrahim...


   

Maafkan aku, sahabat....


Sungguh aku bersyukur ALLAH Mempertemukanku denganmu, sahabat...
Karena ALLAH banyak Memberiku pelajaran melalui sikapmu


Maafkan sahabatmu yang khilaf ini
Telah banyak perkataan dan sikapku yang mungkin telah membuatmu kecewa dan kesal terhadapku
Karena inilah sahabatmu
Hanya sesosok manusia lemah yang penuh khilaf


Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat yang sempurna
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat tanpa salah
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat yang selalu ada di sampingmu
Karena sekali lagi inilah sahabatmu
Yang penuh dengan kelalaian


Aku mohon kepadamu, ketika aku jatuh, jangan biarkan dirimu jatuh bersamaku
Aku ingin dirimu tetap berada di atas sana
Hingga suatu saat dirimu dapat mengangkatku dari atas


Sungguh tidak ada niat untuk membuatmu kecewa atas diriku
Aku hanya ingin mengatakan yang sejujurnya
Aku tak ingin dirimu tertipu
Aku tak ingin dirimu terlena
Aku tak bisa membiarkan dirimu berharap kepadaku
Aku tak bisa membiarkan dirimu bergantung kepadaku


Sahabat, inilah aku, seorang manusia yang jauh dari sempurna
Tolong, jangan berharap atau bahkan bergantung pada diriku
Aku tak bisa memberi apa yang kau inginkan
Aku tak bisa menjamin kebahagiaanmu
Aku tak bisa terus berada di sampingmu


Berharaplah pada RABB yang Maha Sempurna
Bergantunglah pada RABB yang Maha Agung
Kelak kau akan bertambah kuat
Karena kau telah berpegang teguh pada tali ALLAH yang tak akan pernah putus


ALLAH yang akan Menguatkanmu
ALLAH yang akan Menyokongmu
ALLAH yang akan Membantumu
ALLAH yang akan Berada di sampingmu
ALLAH yang akan Menjamin hidupmu


Bukan manusia seperti diriku...


Ya RABB, hamba memohon ampunan-Mu
Hamba telah banyak mendzolimi orang yang Engkau cintai
Hamba telah banyak mengecewakan orang yang Engkau muliakan


Sahabat...
Dengan segala kerendahan hati ini, aku memohon semoga engkau berkenan membukakan pintu maaf atas segala kekhilafanku
Aku tak tahu berapa tahun, berapa hari, atau bahkan berapa menit lagi ALLAH akan Mencabut nyawaku
Aku hanya ingin bertemu dengan ALLAH dengan tenang
Tolong maafkan segala kekhilafanku


Aku mohon....


Maafkan aku, sahabat....


P/S:hasil nukilan saudara dari seberang "ayu hilmawati" Bandung,Jawa Barat,Indonesia.terima kasih.semoga allah memberkati kamu dan menunaikan segala hajat yang telah dipohon olehmu..bangun wahai saudaraku..kuatkan semangat mu untuk menempuhi segala halangan dan rintangan hidup yang ada dihadapanmu..amin..


~ajiem~
25/08/2011
10:11


Wednesday 24 August 2011

Kenapa yer??


gatal jari 

  • Aku xder mud na cerita apa-apa la weyh...
  • Na menulis pun malas...
  • Esok quiz,malas betul na bukak note baca...
  • Mana tah semangat aku ilang??
  • Tengah rungsing tak tahu kenapa...
  • Aku sunyi ni...
  • "Cengkerik" jer dunia aku 2,3 arinie...
  • Hati rasa tak best la sekarang...
  • Gelisah tak tentu pasal...
  • tak senang duduk...
  • Tak tahu tengah dok fikir apa sekarang ni??
  • Bosan ya amat...
  • Rasa macam nak tido sehari suntuk,tapi esok ada quiz...
  • Rindu agaknya...
  • Teringat jer memanjang...
  • Mana tah dia??bizi ea??
  • hermmm.......
  • Na wat apa-apa semua tak jadi...
  • Buat ni salah,buat tu tak betul...
  • Kenapa nie??
  • Macam ada sesuatu benda yang mengganggu pemikiran aku...
  • Aku hilang arah,hilang fokus belajar...
  • Rasa macam na mrah-marah...
  • Ringan jer kaki na backflip...
  • Bukan period la ngok...
  • Sifat malas tu da datang balik cuba untuk menguasai diri aku...
  • Mengeluh memanjang harini..haish...
  • Sempat edit gambar jer sekeping...
  • Minta Allah berikan petunjuk dan hidayah,tabahkan hati hambanya yang lemah nie,bagi semangat sikit kat aku,berikan aku kekuatan,mugkin ini ujian...mugkin ini cobaan..mungkin ini dugaan..ada hikmah disebaliknya...Amin..
P/S:"cengkerik" tu lebih kurang macam bosan la,cuba bayangkan korang dalam hutan sorang-sorang,bunyi apa yang korang dengar??haha..cengkerik an??bosan la tu maknya sorang-sorang..krrr..krrr..hehe...

~ajiem~
24/08/2011
10:29pm


Tuesday 23 August 2011

super"Bak"

Bismillahhirrahmannirrahim...

gigi dua batang

   
    Yesss...tah kenapa tah aku taksub sangat dengan budak kecik ni..haha,comel agaknya,aku memang suka kanak-kanak,mungkin sebab aku tak ada adik kot..hahaha..comelnya si Bak ni,teringin betula la na jumpe si budak kecik ni,dengar cerita cam nakal,betul ker??hehe..ohhh,sebelum tu,Bak ni anak buah kepada si isya ni ha..hahaha...isya cakap "ya kayang-kayang mok kocik tu"hehehe...pok kocik??tak nak ya kayang-kayang pulak??apa tah nama Bak??Malika yer??isya pernah cakap,tapi lupa la..hehehe...nanti na jumpa la budak kecik ni,Bak tunggu,panjang umur abang kite jumpa dik oi,meh na cabut gigi Bak dua batang tu..hehe..Lalalala=)

P/S:biler nya tah na dapat jumpa??saya peminat fanatik awak Bak..wow=)

~ajiem~
23/08/2011
10:23 pm

Pensyarah oh pensyarah =)

Bismilliahhirrahmannirrahim...


    Hahaha...entah apa lah agaknya yang aku na cerita kat korang pasal sorang lecterur aku ni ha,haish...ceritanya camni,tadi lepas abes kelas Management,Policy & Strategy dalam pukul 2.15 camtu,aku terus gi surau jap semayang zohor sebelum kelas Multimedia Management bermula..na dijadikan cerita,selesai jer aku berdoa tetibe poket aku terase "vibrate" pulak..aku pun tengok la..nombor aper tah??tak pernah save pun,aku angkat jela,yang aku hafal nombor depan dia jer,032020xxxx hehe..sangka aku "registra" yang kol,sekali lecterur aku da..hahaha..dia cakap ada pop quiz..perghh..dah kelam kabut,aku da mula terbayang budak-budak kelas yang lain,aku yang tak prepare apa-apa ni apetah lagi budak-budak tu..hahaha..pastu miss tu cakap suruh aku bukak Lab 105 kat atas,amik kunci kat bilik Cik Adi,rupa-rupanya Lab da memang bukak pun,diorang pun da standby kat dalam tu,bagus..cam tau-tau jer ader quiz..hahaha...
  
   Tapi miss cakap dia masuk lambat sikit,ada hal katanya,hal apa tah??dengar suara termengah-mengah macam tengah berlari turun Bukit Broga..hahaha...aku cakap "okey" jer..miss cakap duduk dalam kelas baca note dulu,okey...pastu masuk jer kelas aku sampaikan berita menegejut tu,ada yang terkejut,ada yang wat relax jer padahal takut gak soalan killer apa tah miss buat??nasib chapter 1 jer..hahaha..situasi dalam kelas kelas time tu memang cam haram,memekak-mekak..standard sangat dah tu..happy gegiler miss masuk lambat,yang menjadi mangsa aku dituju bermacam-macam soalan,"bila miss na masuk??","betul ker ader quiz??",yer la doll..kowang ingat aku tipu ker??haish...lambat gak la tunggu miss,naik berbulu gak la ketiak ni menunggu,kelas jangan cakap la,da jadi cam pasar borong selayang dah..hehe..


   Banyak kali gak miss kol aku,risau agaknya adik-adik kecik dia ni wat benda bukan-bukandalam kelas..hehe..tak watpe pun miss..saya pecahkan polistrin dengan ketuk kat badan Bob jer tadi kat dalam kelas,pastu saya "adjust" tv dalam lab tu sikit,konon-konon leh la tengok tv,tapi lupe pulak tv dalam tu tak ada antena..hehe..yang budak-budak lain tu biasa la,ader yang bergosip,men bbm cam miss,pastu ada yang main pc depan diowang tu,ape dibuatnya tah..yang aku lak kehulu kehilir mengelabah bila na start quiznya..cam excited sangat-sangat..padahal tak baca apa pun,kompom 4flat..hahaha..aku kol miss,konon na bergurau,tanya bila tah na tiba??dia naik kot,flight dia na mendarat kat blok L tu..hehe,tah angin dari mana tetibe datang cam na marah-marah jer..hehe..diletaknya tepon camtu jer...kerek gak miss ni kekadang..haha..


   Jam dah menunjukkan pukul 3.35 camtu,aduh,runsing budak-budak nie..memekak..riuh macam besok dah raya,padahal puasa tak abes lagi,aku lepak luar lab jap,terduduk depan pintu,malas na duduk dalam..sejuk sesangat..tah kulit apa diorang tu??tebal semacam jer,tak rasa sejuk ker weyh??perghh...lepak punya lepak tunggu miss kat luar.."jeng-jeng"miss muncul dengan muka yang agak menyeramkan,taknak cakap lebih-lebih,nanti kena ban,hahaha..warghh..takut..miss menuju ke lab,dengan muka yang angin timur berlaga dengan angin barat sambil bawak kertas soalan,miss buat bodoh jer,pandang aku pun tak nak kat luar tu,da macam polistrin da aku kat situ,miss masuk tanpa segan silu..miss edarkan kertas soalan..pastu ada gak la bebelan dari mulut dia tu,pape tah..haha..tengah kitorang jawab exam pun dia leh ceramah,cam ada benda yang tak puas hati jer..hehe,banyak berkias yer??yer..faham,da terasa da pun..terima kasih..hahaha..


   Selesai jer jawab soalan quiz tu tadi budak-budak ni da berkemas na balik da..tapi miss tahan,pehal tah??
tak puas hati lagi la tu??membebel??hehehehe...tadi kata lepas abes jawab boleh balik,bukan main suka lagi kitorang na balik,hehe..akhirnya miss lepaskan kitorang,berduyun-duyun kitorang kuar,sempat jap aku singgah muka miss,tanya asal tah marah-marah??aku tanya"marah aku ker??"dengan selamber yaya dan muka penuh keegoan menjawab "saya tak marah pun" padahal muka tu kalau orang neghori sembilan cakap "bongih jor muko tu"hahaha..malas na layan ego miss,aku blah jela,da sampai umah aku kol miss,konon na pujuk la jangan marah-marah lagi,na mintak maaf,bagai-bagai..sekali "waiting" daa..malas kacau,biarkan dia,dia plak kol aku,aku lak tak angkat,xdengar,kat kedai time tu,hahaha..
  
    Aku gadaikan kredit aku kol miss balik,haha..ungkit..hehe,gurau jer,aku tanye lagi sekali pehal tah??penat aku bertanya baru na cerita,tu pun berkias jer jawapan miss bagi,aduh...rasa bersalah sangat-sangat bersalahkah aku membuli seorang pensyarah baru selama ini??hahahaha...biasa lah tu miss,dugaan menjadi tenaga pengajar ni bukan mudah yer tak??melayan kerenah aku lagi yang memang suke na menyakat,cari pasal dengan miss..haha..saja nyakat jer miss..tak ada apa-apa pun..bukan miss sorang jer,semua lecterur camtu,semua saya kacau...haha..cuba tanya miss Wahida tu,miss Wani,miss Nani..hahaha..kenalakalan seroang pelajar tu memang wujud dalam diri ini,bukan saya sorang jer yang miss hadap,padahal student kos lain pun camtu,hehe..kesian miss..miss cakap tadi dia penat sesangat,katanya jadi judge untuk presentation L.I..pastu hal ape lagi tah,tak ingat la...sampai umah terus tido jer..hehehe...


   Yela miss,maaflah yer,saya mahupun dengan rakan-rakan kelas saya yang lain tu memang nakal,tengok la siapa penghulu??hehehehe..tengok miss cam na mengamuk tadi cam kesian pulak,tak sampai hati buli miss,huhu..tapi miss baik la,tak la garang sangat sebenarnya..okey la..kekadang belajar faham,kekadang tak..sesi belajar memang camtu an??bak kata miss"mana ada manusia yang perfect"yup..betul tu miss..herm..Miss,saya/kami mintak maaf yer,kot kalau miss terasa hati dengan saya/kami,ker dengan budak-budak kelas saya yang lain tu..huhu..kesian miss,pasni tak nak buli miss dah,na dera jer..hahaha...gurau jer..mintak ampun mintak maaf dari ujung rambut sampai ujung kasut yang saya pakai hari-hari tu..biasalah tu miss,ujian,dugaan,sabar jela yer melayan kerenah kitorang ataupun saya ni haa...maaf sekali lagi yer miss..


P/S:Dulu pun miss Siti Zarah pernah merajuk gak,sampai kuar kelas tak nak mengajar kitorang,pastu die lepak kat unit exam,penat aku pujuk,merayu,tak nak gak dia,budak-budak ni watpe tah??aku yang datang lambat kena tempias..haish..ingatkan aku laki jer ego tinggi..hehe..tapi sekarang alhamdullilah,miss Siti Zarah da okey da=)
   
"miss jangan marah-marah lagi,kasi markah lebih sikit au,hahaha,kena pujuk,kang tak berkat ilmu dia bagi"=)


~ajiem~
23/08/2011
10.04 pm

Samsung Galaxy Tab 10.1 (NEW)

Bismillahhirrahmannirrahim...


   Herm,kali ni na cerita sikit la pasal gajet terbaru keluaran Samsung ni,hehe...kalau nak tahu,Samsung pun da macam iphone,ada produk tablet yang diberikan nama Galaxy Tab,ianya lebih kecil berbanding ipad yang besar gedabak,mudah untuk dibawa kemana-mana,dan yang paling terbaru yang bakal muncul dipasaran adalah Galaxy Tab version 10.1,tapi tarikh keluar tak tahu biler,mungkin lepas raya..kalau iphone ada produk beliau yang tersendiri macam iPad 1,disusuli pula dengan iPad 2 kemudian tidak lama lagi pada tahun 2012 ada khabar angin mengatakan yang Apple bakal mengeluarkan satu lagi produk terbarunya iaitu iPad 3..perghh,meleleh air liur bila tengok orang pakai...haha...ni na tunjuk sikit gambar iPad yang orang zaman sekarang gila-gilakan tu :

Sumber gambar google

    Tapi aku bukan na ceritakan pasal iPad ni pun,aku na cerita pasal Galaxy Tab..haish..aku minat sangat-sangat ni,lau boleh lepas raya aku na kerja kumpul duit jap semata-mata na beli "menatang" ni boleh?hehe..dikatakan Galaxy Tab version 10.1 kali ini keluarannya adalah berbeza dari banyak sudut..kalau Galaxy Tab yang sebelumnya kameranya cuma 3 megapiksel,kali nie 8 megapiksel lak,cukup la tu,haha..tak puas hati lagi??ni aku sediakan sikit maklumat pasal Samsung Galaxy Tab version 10.1 yang baru ni :
So??apa pendapat korang?kamera depan 2 megapiksel..berbanding sebelumnya 1. brape tah,tak ingat la..haha..malas na kaji sangat sebenarnya..kira ok lah tu,sekurang-kurangnya kamera depan 2 megapiksel puas la jugak kalau na video kol dengan awek..hehe..tu la bezanya Samsung Galaxy Tab dengan iPad..boleh buat panggilan..mesej..haha..harga pasaran belum ditetapkan lagi..pape pun kita tunggu kemunculannya di pasaran..(tidak terdapat di kedai ane yang berdekatan)..aku na bagitau korang ni,jangan terkejut kalau aku pakai dulu..huhu,nekad ni...sebenarnya banyak lagi produk yang sebegini rupa,tak semestinya iPad,Samsung Galaxy tab,walhal Blackberry pun ada gak produk macam ni,diberi nama "PLAYBOOK",selain dari itu,CSL,DELL,dan banyak lagi yang boleh buat mata korang juling sebab tak tahu mana satu na beli..hehe..tapi bagi aku,baik aku pilih gajet ni sebab semua kemudahan dah ada...hehe..aku cume bagi pendapat jer,terpulang kepada si pembeli..lalalalalalalalala...nie gambarnya,cantik an?? "aku gila gajet" =)



P/S:aku na sangat- sangat Samsung Galaxy Tab ni..aku na jugak..arghhh...

~ajiem~
23/08/2011
12:14 am


Monday 22 August 2011

Berbuka bersama Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...
   Hari nie aku habis kelas awal la pulak,sepatutnya kelas abes pukul 4.30,tapi disebabkan pensyarah yang mengajar xder so kelas abes dalam pukul 2.30..abes  jer kelas singgah surau jap semayang zohor..kuar jer surau datang plak si Acab na tumpangkan aku ke Lrt Damai nek kereta dia..selalunya memang aku menapak jer dari kolej ke lrt takpun dari tren ke kolej..haha..aku ckap nan dia.."lepak jap,na jumpe Cik Siti Zarah,na amek buku HRM"kata aku..dia pun balas ok jer..pas jer selesai jumpa pensyarah amek buku tu tadi aku terus naik kereta dengan si Acab ni tadi na ker tren Damai..dalam kete tu ada 2 orang lagi budak kelas aku..aziem dengan ain tumpang sekali..kata Acab dia nak hantar si Aziem nan si Ain ni tadi ke Sentul,memang si Aziem nan Ain tinggal kat Sentul pun melainkan Acab kat Bangsar..pastu Acab tanye "na hantar mana nie??"
aku jawab"mana-mana jer boleh,asal sampai umah suda"Acab sengih..hehe..
   
 Dijadikan cerita dalam perjalanan pulang ni tadi aku pelik si Acab ikut jalan lain,"aish,kemana lak Acab ni?"bisik hati aku..Acab tak dengar pun aku bisik apa..hehe..pastu aku tanya dia"ehh..mana ni Acab?"
dengan selamber yaya dia jawab dia hantar aku ker sentul gak seklai dengan Aziem dengan Ain..ahhh..siyot jer Acab..boleh bergarau di tengah panas terik camne,hehe..xper,asalkan sampai umah..aku balik naik tren dekat Sentul harini,tak pernah-pernah dalam hidup aku jejak naik lrt kat tren tu,tetiba harini lak leh terjadi,hehe..okey-okey,da terpesong jauh ni..sbenarnya bukan na cerita pasal Acab..haha..ni haa ceritanya,camnie..masa tengah tunggu tren tadi si Husaini kawan aku masa sekolah menengah dulu mesej aku..dia tanya ada mana??aku balas OTW balik rumah la,tengah tunggu tren dekat Sentul,pastu aku ajak dia berbuka sekali kat umah,suruh dia ajak si Nabil,member masa sekolah menengah dengan sekolah rendah,diorang dua orang nie satu kampung dengan aku kat perak sana tu,Sitiawan Lumut,tau??hehe..ala,lau cakap Teluk Batik tau la kot ea??hehe..so,kata si Husaini ni tadi tengok dulu,dia berbincang dengan si Nabil ni dulu,aku cakap ok jer.sampai jer rumah pukul 3 lebih macam tu..sampai terus tido,sebab ngantok sangat-sangat..

    Tengah sedap tido dapat lak kol..nombor tak kenal plak tu,aku angkat dngan nada yang mamai-mamai..haha..rupa-rupanya Nabil,maaf..kau selalu tukar nombor,tu pasal malas na save..hehe..dia cakap nak datang,alamak..aku dah ngelabah..usha jam da pukul 6.30..aku bangun terus cakap nan mak aku yang si Boy(Husaini) dengan Nabil na datang berbuka rumah..haha..cam happy pun ada..sebab da lama sangat tak lepak dengan diorang..borak-borak cam dulu-dulu,yela..masing-masing ada komitmen sendiri an??hehe...aku terus bangun gtau mak,gi bilik air amik air semayang terus semayang asar,nasib baik tak terlajak tido..lau tidak,batal puasa aku harini..hehe..pukul 6.50 diowang sampai bawah umah aku,terpacak kat tiang public,masing-masing muka da macam bapak orang,hehe..aku bawak diowang jalan-jalan bazar ramadan bawah rumah aku..pastu pelawa naik rumah sebab waktu berbuka da na dekat..

    Herm..harini mak aku masak kari ikan ape tah,pastu ader la kueh muih skit tuk diowang jamah..banyak jugak la lauk,aku tak makan nasik pun..jamah kueh jer..memang aku selalu macam tu,hehe..cukup la buat alas perot yang kempis ni,hahaha...melantak banyak gak si Boy ne,makan tambah 3 kali,perangai tak berubah,bagus la tu..makan jer aper ada..hehe..lepas abes makan jer kitowang borak-borak..sambil tengok tv,dengar lagu..dalam pukul 9.50 tadi diorang gerak sebab esok diowang kerja..hehe..pape pun terima kasih sebab datang berbuka..maaflah ea kawan lau mak aku masak tak best,tapi aku tengok si Boy melantak cam sedap sangat-sangat..hehe..mak aku memang kenal dowang dari zaman aku sekolah lagi..bayangkan,lame an??hehe...so tu jela na crite..panjang sangat ni..larat ker korang na baca weyh?hehe...kata pensyarah aku,kita kena rajin menulis atau banyak membaca lau na pandai..kata dia la..hehe...

P/S:bila la na jumpa diorang lagi pasnie??na lepak biler lagi??hehe...harap-harap akan datang ada la lagi..huhu =)

~ajiem~
22/08/2011
11.29 pm 
    

Sunday 21 August 2011

Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi...


Ya allah..aku bersyukur ke atas mu,kau berikan aku peluang sekali lagi untuk aku menemui kekasihku hari ini..aku bersyukur atas nikmat yang telah kau berikan..terima kasih yang tidak terhingga dari hambamu ini ya allah..sesungguhnya engkau lah tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang..engkaulah tuhan yang maha mengasihani..terima kasih ya allah..engkau tunaikan impian aku untuk berbuka puasa dengan dia...alhamdulillah...


P/S:saya sayang siti aisyah saya,saya sayang sangat-sangat,tolong jangan rampas dia dari saya..hanya tuhan jer yang tahu camner perasaan saya ni,melainkan kuasa tuhan jer yang mampu pisahkan kami berdua..aku memohon,merayu sangat-sangat nie..


amin ya rabbal alamin...


~ajiem~
22/08/2011
12:26 am

Saturday 20 August 2011

jantung hatiku =)

ya allah ya tuhan kami...
kau bukakanlah pintu hati isya...
kau lembutkanlah hatinya ya allah...
sesungguhnya engkau lah tuhan yang maha agung lagi maha esa...


ya allah ya tuhan kami...
kau lindungilah isya ya allah...
jauhkanlah dia dari sebarang musibah dan bencana ya allah...
ya rahman ya rahim...


ya allah ya tuhan kami...
satukanlah kami ya allah...
kekalkan kami hingga ke akhir hayat kami...
bahagiakanlah kami ya allah...
sesungguhnya aku memerlukan isya sebagai teman hidupku ya allah...
aku sayangkan isya ya allah...
aku cintakan isya ya allah...
sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang...
engkaulah tuhan yang maha mengasihani...


tetapi sekiranya ya allah..
ditakdirkan kau putuskan kami...
aku memohon supaya kau melindunginya...
hilangkanlah kesedihan yang dialaminya...
jauhkanlah dia dari kekecewaan...
bahagiakanlah hidupnya,murahkanlah rezekinya..
ya rahman ya rahim..


amin ya rabbal alaminn....


~ajiem~
19/08/2011
12:08

Friday 19 August 2011

Nota dari sang kekasih



✿ i hate when  you r so jealous
✿ i hate when you always misscall me at midnight
✿ i hate when u r so complicated
✿ i hate that u think i'm didn't even care bout u
✿ i hate u for being so far away
✿ i hate when i can't really sleep when there something  happen to us
✿ i hate when u bother me when i'm busy and get tired
✿ but the true is,i hates u 4 no reason
✿ i hate myself while i'm typing this .... ):
 BUT
❀ i love the way you say that u love to me 
❀ i love the way you share ur daydream with me
❀ i love the way you look into my eyes
❀ i love the way you hold my hand
❀ i love the way you smiling at me like i'm the one in the world
❀ i love the way you sing a song to me :)
❀ i love the way you make some ugly mimik muka to make me laugh
❀ i love the way every morning when i wake up,u r the first one say good morning to me
❀ i love the way every night u call me n say goodnight
❀ i love the way you asking about ur ELMO(hehe)
❀ i love the way you looked at me  
❀ i love the way you take care of me
❀ i love the way u r
❀ i love to say that i love u
❀ i love you more than anything   (:

Thursday 18 August 2011

Definasi cinta





Definisi CINTA Dalam Al Qur’an


Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki arti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.


Sebagaimana dalam QS Ali Imron : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana.


Adapun Wudda dalam QS Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia. Dipertegas lagi dalam QS Ar Rum : 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” Dalam ayat inipun Allah menggambarkan ‘cenderung dan tentram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.


Dalam fil gharibil Qur’an dijelaskan bahwa hubb sebuah cinta yang meluap-luap, bergejolak. Sedangkan Wudda adalah cinta yang berupa angan-angan dan tidak akan terraih oleh manusia kecuali Allah menghendakinya, hanya Allah yang akan memberi cinta Nya kepada hamba yang dkehendakiNya. Allah yang akan mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu belanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, niscaya kamu tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika Allah tidak menghendakiNya. Oleh karena itu terraihnya cinta—wudda pada satu pasangan itu karena kualitas keimanan ruhani pasangan tersebut. Semakin ia mendekatkan diri kepada sang Maha Pemilik Cinta maka akan semakin besarlah wudda yang Allah berikan pada pasangan tersebut.


Cinta inilah yang tidak akan luntur sampai di hari akhir nanti sekalipun maut memisahkannya, cinta yang atas nama Allah, mencintai sesuatu atau seseorang demi dan untuk Allah.

"indahnya bekeluarga"


untungnya kalau...
aku ada sepasang adik lelaki dan perempuan yang comel...
walaupun mereka masih tak mengerti erti dunia,matang...
sekurang-kurangnya dapat ku bermain dengan diorang untuk menghilangkan rasa kesedihan dan duka dihati...


untungnya kalau...
aku ada abang yang memahami isi hati adiknya yang berada didalam kesusahan...
walaupun segarang,seego mana mereka sekalipun...
sekurang-kurangnya dapat juga ku pinjam duit time tengah sesak..haha...kalau dapat...


untungnya kalau...
aku ada kakak yang mengerti yang adiknya ini tengah sakit melawan perasaan cinta...
walaupun bukan dia yang bercinta,tak rasa sakit cam yang aku rasa..
sekurang-kurangnya dia boleh hulurkan pendapat dan bagi kata-kata semangat kat adiknya....


untungnya kalau...
aku ada kembar yang boleh baca segala-galanya isi hati aku,yang tersurat mahupun tersirat...
walaupun kami tak seiras mahupun berlainan jantina....
sekurang-kurangnya dia tahu apa yang aku rasa dan boleh menjadi pendengar yang baik kepada aku...


untungnya kalau...
aku ada ibu-bapa macam family lain,cam family korang,family bahagia..seronok sangat-sangat...
walaupun mereka da berpisah dan aku yang menjadi mangsa keadaan...
sekurang-kurangnya aku ada tempat na bermanja,nak dapatkan kasih sayang,didikan yang sempurna...


tapi malangnya...
apa yang aku tulis kat atas ni,semuanya khayalan belaka...haha...
aku hanyalah manusia sebatang kara yang betul-betul menagih kasih sayang,cinta,kata-kata semangat dan dorongan...
bukan meraih simpati,cuma berkongsi apa yang dirasa...
sekurang-kurangnya kamu harus bersyukur dengan apa yang kamu miliki sekarang...
alhamdulillah...syukur...


~ajiem~
18/8/2011
10.02 pm

"Doa bagi yang bercinta"



Bingkisan Doa.


Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…


Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….


Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…


Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…


Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…


Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….


Amin.. Ya Rabbal A’lamin.