Wednesday 17 August 2011

Ragam manusia moden

   
          Petang tadi selepas aku menghabiskan kelas pada pukul 4.30 aku terus pulang ke rumah tanpa berfikir panjang..badan penat sangat-sangat,dalam kelas pun mata da macam na tertutup jer bila pensyarah masih lagi bercakap kat depan,hahaha...,otak letih + serabut,memang fikir bantal jer pun kat rumah,al maklumlah,bulan puasa ni jangan cakap la..hehe,seperti biasa perjalanan ke rumah dengan menaiki 2 tren yang berbeza iaitu star dan juga putra lrt...


         Perjalanan dari stesen putra lrt Damai Keramat menuju ke stesen Masjid Jamek membuatkan aku terpaksa melakukan pertukaran tren untuk ke Pandan Jaya Ampang pula..dan petang tadi aku pulang bersama seorang rakan kelas kelas yang benama deanna syakilla..haha,siot jer tinggal aku sorang-sorang kat Masjid Jamek..hehe..itulah rutin harian aku sebagai seorang pelajar kolej yang terpaksa menempuh berbagai ragam manusia,bermacam-macam gelagat manusia bermain di mata pandangan aku..apa yang aku nak ceritakan kat sini sebenarnya bukan berlaku kat dalam tren ataupun tengah tunggu tren..
           
       Ceritanya macam ni,elok jer aku sampai kat lrt Pandan Jaya tadi,lepas jer pintu tren buka,aku terus meluru keluar..masa tu mata aku tertumpu pada seorang hamba Allah yang mana nak cakap lingkungan umur camner pun aku pun tak tahu..haha..rasanya muda lagi kot..badan nampak cam seseorang yang telah meningkat dewasa,tambahan dengan gaya pakaian yang dikenakannya agak kemas,seluar slack,baju kemeja-T,siap masuk dalam lagi tu..hehehe...tapi timbul persoalan di dalam benak fikiran aku,apa dia??haha..kenapa dia mengenakan topeng MASK RIDER dengan selambernya??kenapa??hehe..


      Hampir semua penumpang yang berada dalam tren mahupun berada di luar tren berasa pelik..apakah itu satu fashion terbaru yang mewajibkan remaja memakai topeng MASK RIDER yang dibeli di pasar malam dan mengenakannya pada kehidupan seharian dan di bawa kemana-mana??atau ader sasuatu yang disembunyikan pada wajah pemuda tersebut??cacatkah mukanya akibat malu untuk menayangkannya pada khalayak ramai??berpenyakitkah beliau??hanya Allah sahaja yang mengetahui setiap hambanya...dan perasaan aku ketika aku?? "WOW" itulah yang aku mampu cakap sambil tersengih sorang-sorang sambil turun tangga lrt...pemuda tadi yang pakai topeng MASK RIDER ni meneruskan perjalanan beliau menaiki tren menuju ke Ampang..tak tahu la plak apa persepsi orang-orang selepas aku pastu..hehehe..malas na gelak sampai pecah perot..aku terus balik rumah..inilah satu peristiwa yang aku telah lalui harini,mugkin korang pun pernah gak kot,hahaha..korang sebagai pembaca mesti ada jugak lalui benda-benda atau cerita yang agak lucu tak lucu,kelakar tak kelakar sebenarnya..mungkin korang boleh kongsi plak pasni..huhu :-)

No comments:

Post a Comment

thank you for your comment...